Benar lah jika di katakan dunia ini fana, dan cuma satu ilusi yang nikmatnya tidak sama dengan nikmat yang kekal.
Kita menghabiskan masa, usaha Dan tenaga untuk sesuatu yang kita rasa best dan seronok, tetapi bila kita sampai di milestone yang kita usahakan itu, ia sekadar “meh”, ataupun milestones tersebut tidak lagi memberi nikmat sebesar yang kita sangka, berpadanan dengan saiz usaha kita.
Tidak dinafikan, milestones itu dinikmati, tetapi sekelumit cuma. Jika kita setengah mati mendapatkannya, kita tidak akan setengah Mati menikmatinya.
Contoh pertama, buffet di Hotel. Harganya mahal, setimpal dengan pilihan makanan yang ada. Namun seringkali, kita mencicip sedikit sahaja dari juadah-juadah tersebut. Kurang dari dua jam, kita beransur pergi walaupun tidak disuruh pergi. Jika kita kongsi nikmat tersebut dengan orang lain, mungkin lama sikit kita di situ. Jika tidak, mungkin tidak selama itu.
Contoh kedua, lounge untuk penerbangan kelas bisnes. Dulu-dulu, ini sesuatu yang sangat diimpikan. Jangan salah sangka, ia masih diperlukan kini. Nikmat mandi di Airport dengan tuala yang fluffy, sabut yang wangi, minyak wangi berjenama yang free itu sudah jadi keperluan asasi. Begitu juga nikmat tidur baring di dalam kapal terbang. Itu sudah jadi asasi.
Namun nikmat makan itu tidak lah seghairah mana lagi, walaupun ada puluhan pilihan juadah. Akhirnya sebiji pisang dan sebotol Evian sahaja jadi pilihan. Nak makan banyak-banyak, mengenangkan perjalanan masih jauh di hadapan. Susah nak cari toilet nanti. Lagi pun perut masih kenyang lagi.
Itu lah manusia. Akhirnya, nikmat yang paling bererti dan di nikmati, adalah nikmat yang dikongsi.