Minggu ini full swing saya bertugas secara independent. Sibuk boleh tahan. Saya banyak kena catch-up, alhamdulillah saya secara peribadi rasa satisfied. Ada kena fine tune sedikit tapi saya boleh grasp the situation in front of me and handle it well. Alhamdulillah.
Di sini proses hand-over sistemnya agak sistematik dan saya pernah bekerja dengan kebanyakan colleague di sini, jadi smooth transition tu. Senang untuk saya catch up.
Sebelum ini apabila join meeting, saya cuba menyerap sebanyak mungkin, memerhati dan memahami bagaimana keletah dan budaya di sini. Minggu ini saya mula perlu participate dengan aktif. Getting better dengan tips-tips dari kawan-kawan yang lebih lama.
Cuma, seperti yang pernah saya sebutkan sebelum ni. Bila kita bermula di tempat baru, cycle untuk kita membuktikan diri pun bermula semula. Segala support system, trust deposit yang ada sebelum ni di tempat lama, akan reset. It’s okay. Itu lumrah di mana-mana. Cuma saya perlu sentiasa aware mengenai perkara ini dan give 120% every time.
Dalam kehidupan peribadi, alhamdulillah. Saya berjaya continue habit yang saya cuba maintain dari Kerteh, walaupun minggu #1 dan minggu #2 agak challenging dan nampak macam tak akan kekal. Mungkin juga dengan doa ibu yang mahu anaknya konsisten, saya berjaya kembali put the habit on track pada minggu #3 dan #4 ini.
Saya akan menyambut Hari Raya AidilAdha di sini. Tak sabar rasanya nak makan ketupat, kuah kacang, lemang dan rendam. Harap-harap lah Dewan Makan menyediakan juadah raya tersebut. Pada raya ke 2, akan ada aktiviti Qurban di dalam kem, manakala pada raya ke 3, insyaallah saya akan menyaksikan aktiviti Qurban dengan penduduk tempatan di luar kem.
Akhir sekali, seperti kita-kira orang di sini, 2 Jumaat lagi sebelum kepulangan saya ke Malaysia. Looking forward to it.