Lift Off adalah siri muhasabah tahunan yang saya lakukan di blog ini. Anda boleh melihat Lift Off 2017, Lift Off 2016, Lift Off 2015, Lift Off 2014, Lift Off 2013 (tak lengkap) , Lift Off 2012 , 2011 dan 2010 yang saya pernah saya catatkan di blog ini.
Di penghujung 2018 saya menerima satu berita gembira, insyaallah jika tiada aral melintang, saya akan bertugas di Iraq mulai March 2019.
Sedar tak sedar, rupanya saya tidak menyiapkan ataupun tidak publish pun siri Lift Off 2018. Saya sebenarnya telah tulis separuh pada bulan Disember lagi dan bercadang mahu habiskan penulisan lagi separuh ketika Euro Trip pada bulan February, namun hasrat tersebut cuma tinggal hasrat.
Kalau mahu dikatakan sibuk, ketika Euro Trip tu sepatutnya boleh. Ada kelapangan.
Kalau dikatakan salji di Eropah terlalu sejuk sehingga jam Jari setiap kali mahu menaip, saya ada sedikit kesenggangan ketika bercuti ketika Hari Raya, namun tidak ditulis juga.
In a way, bagus juga. Sebab walaupun 2018 is not my best year. Ada benda positive yang berjaya dicapai, namun saya terpaksa akui yang ia dicapai dalam mode hampir auto-pilot.
Tidak ada deliberate action dari says. Well, ada. Di awal tahun saya ada menghadiri kelas, kursus, menambah ilmu, becoming more self aware, terlibat dalam “mengubah” negara, etc tapi personally, I feel I can do better.
Bukanlah better dari segi I can do more, but lebih I can do it, in a more elegant way. Lebih tersusun, lebih sistematik.
Bila saya menulis ni, nampak lebih jetas pada saya. Rupanya bukanlah 2018 tahun yang teruk sangat (perasaan ketika saya mula menulis), banyak juga yang telah saya capai rupanya, Tapi ada key indicator tu saya kalah teruk, yang buat saya rasa tahun ni teruk. Satu habit yang telah saya tanam selama 10 tahun, tiba-tiba derail tahun ini. Saya telah tidak merekod buku-buku yang saya baca. Sebenarnya ada, tapi saya tidak update list saya.
Dan of course, bila tidak dicatat, kita tak boleh perbaiki atau improve. Saya percaya tahun ini saya tidak baca lebih dari 20 buah buku. Ada something wrong juga dengan reading habit saya. Tahun ini saya tidak habis baca novel John Grisham yang terbaru. Buku tersebut tidak dapat hook minat saya, dan saya pun tidak memberi peluang dengan meneruskan bacaan sehingga setengah buku seperti biasa. Saya cuma baca satu hingga dua bab sebelum quit kalau tak salah.
Walaupun ada banyak perkara lain yang dicapai, tapi bila benda rutin yang menjadi core habit tak mampu dikekalkan, saya rasa itu adalah titik tolak yang buat saya rasa tak best dengan diri sendiri.
Overall, saya juga merasakan sesi Lift Off tahunan dan method saya reflect dan membuat perancangan setahun saya tidak lagi mengujakan. It didn’t excite me anymore dan saya mesti membuat perubahan.
Orang cakap, goal ataupun target ni sepatutnya, scares you a bit, excites you a lot. Tapi kalau kita rasa tak excited, bermaksud ada benda lah yang perlu diperbaiki.
Reflection dan planning masih penting. Sangat penting. Bahkan bila saya menulis ni baru saya diingatkan kembali kenapa saya buat sesi reflection dan planning ini. Cuma saya perlu cari cara baru. Cara yang saya amalkan dari Chris Guillebeau ini mungkin sesuai beberapa tahun lepas, untuk diri saya ketika itu, but not today, with the person that I have developed into. Bahkan Chris sendiri pun mengalami apa yang saya alami dan tidak lagi looking forward kepada sessi annual reflection beliau.
I will update further, sekarang saya sedang meneliti beberapa method annual review yang sesuai dengan jiwa saya. Will report back, insyaallah in a week’s time.
1 thought on “Lift Off 2019: Annual Audit”