Saya masih ingat perbualan saya dengan adik saya. Ketika itu beliau baru masuk Tingkatan Satu. Saya di Tingkatan Tiga. Sesi orientasi di sekolah adik saya itu dikendalikan oleh badan pengawas. Saya tanya adik saya, “Handsome ke ketua pengawas tu?” (background kenapa keluar soalan tu saya lupa kenapa).
Adik saya jawab, “Dia handsome la, tapi sebab dia ketua pengawas kot.”
(let me put it in layman’s term. Dia biasa-biasa je. Tapi jawatan/kedudukan dia buat dia lebih berkarisma/handsome).
Dalam kehidupan ini, banyak je situasi serupa. Seseorang pemimpin tu nampak lebih berkarisma dari seorang yang bukan pemimpin. Nampak segak. Cool. Kelakar dsbnya.
Kalau lawak yang sama, diucapkan oleh seorang tukang kebun, maybe takde orang gelak. Tetapi sebab lawak tersebut diucapkan oleh seorang yang berpangkat, ia jadi kelakar. Walaupun sebenarnya tak kelakar pun.
Sebagai ketua, terutamanya orang yang dah lama duduk dalam kepompong kepimpinan, kita kena sedar benda ni supaya tak syok sendiri. Pemimpin tak selalunya betul. Dan bukan sentiasa hebat. Kadang-kadang, kita diberi “muka” sahaja oleh orang yang kita pimpin. Walaupun kita rasa kita earn it, dan mungkin deserve lebih lagi, kadang-kadang kita je overestimate diri kita.