Anda akan berkahwin tidak lama lagi? Tahniah!
Untuk beberapa bulan yang akan datang ini, ia akan menjadi tempoh masa yang paling kritikal, penting dan sibuk dalam hidup anda. Tetapi, jangan bimbang. Jika anda mengikuti rancangan, strategi dan shortcuts yang betul, ia juga akan menjadi antara pengalaman yang paling menyeronokkan.
Anda akan berkahwin. Bagaimana untuk merancang hari bahagia yang menjadi impian selama ini? Apa perkara yang perlu didahulukan?
Baiklah, untuk membantu anda saya akan berkongsi perkara-perkara penting yang perlu dilakukan satu-persatu secara bersiri di sini.
Menetapkan Tarikh Majlis Kahwin
Sudah tentunya sebelum semua persiapan lain dapat dibuat, tarikh perlu dipilih dan ditetapkan dahulu. Katerer, mak andam mahupun photographer semuanya akan meminta tarikh majlis untuk mereka lihat sama ada wujud kekosongan atau tidak di dalam kalendar mereka. Jadi amat wajar untuk anda menetapkan tarikh majlis impian anda dahulu sebelum mula mencari pembekal atau vendor untuk hari bahagia anda.
Sedikit Tips Untuk Menetapkan Tarikh Hari Perkahwinan
Di dalam Seminar Kahwin Bajet, ada strategi khusus yang perlu diberi perhatian dalam menetapkan tarikh hari perkahwinan, selang masa di antara majlis nikah, jamuan di rumah pengantin perempuan dan majlis sambut menantu di rumah pengantin lelaki. Ya, jika anda menyusun atur cara program berdasarkan ikut-ikutan anda akan kerugian besar. Sertai seminar kahwin bajet ini untuk mengetahui strategi menguruskan aturcara program untuk mendapat penjimatan maksima!
Selain dari strategi yang telah saya khaskan untuk kongsi bersama peserta kursus kahwin bajet, ada beberapa lagi tips umum yang tidak kurang mantapnya dan saya boleh berkongsi dengan anda.
Tarikh Popular Untuk Majlis Kahwin (Contoh: Cuti sekolah)
Antara tarikh kegemaran yang dipilih untuk mengadakan majlis kahwin adalah ketika musim cuti sekolah. Biasanya tarikh cuti sekolah dipilih untuk memudahkan sanak-saudara yang jauh datang memeriahkan majlis.
Sesuaikah mengadakan majlis walimatul urus ketika musim cuti sekolah?
Sesuai, jika anda tidak menggunakan khidmat katering dan memerlukan bantuan sanak saudara untuk “rewang” ketika kenduri kahwin tersebut.
Sesuai, jika majoriti dari sanak saudara anda tinggal melebihi 200km dari lokasi majlis dan anda menjemput lebih dari 800 orang tetamu ke majlis anda (anda menjemput ramai orang dan anda inginkan sanak saudara anda datang ke majlis anda juga).
Apa yang perlu anda ambil kira jika buat majlis kahwin ketika musim cuti sekolah?
Pertama, jika bajet anda kecil, anda perlu sedar yang sanak saudara dari jauh ini perlu anda ambil kira kebajikan mereka. Mereka tidak meminta, tetapi sebagai anggota keluarga yang mengambil berat, adalah molek jika anda menyediakan tempat untuk mereka berehat/bermalam dan memberi saguhati untuk cover minyak kereta dan tol perjalanan mereka.
Kedua, majlis kahwin ketika musim cuti sekolah juga kemungkinan besar dikenakan harga premium sedikit oleh vendor. Ini disebabkan oleh prinsip asas supply and demand. Ketika musim cuti sekolah, lebih ramai orang berkahwin dari waktu-waktu biasa. Jadi ketika ini supplier-supplier, katerer dan photographer mendapat lebih banyak pelanggan dari waktu bukan cuti sekolah. Kemungkinan ada dua tiga majlis dalam satu hari, maka sebagai contoh, katerer sudah pasti memberi keutamaan kepada majlis yang memberi lebih keuntungan kepada mereka.
Ketiga, oleh sebab besar kemungkinan tetamu ketika musim cuti sekolah akan menghadiri dua atau tiga majlis dalam satu hari, jumlah collection derma tetamu/rakan-rakan juga akan berkurang, kerana wang tersebut akan dibahagi-bahagi. Contoh mudah, jika di satu pejabat ada dua orang pekerja akan melangsungkan perkahwinan ketika musim cuti sekolah yang sama, dan kebiasaannya kutipan derma kilat akan dibuat untuk membeli hadiah atau sebagai sumbangan kepada staff yang akan berkahwin di pejabat tersebut.
Jika pada waktu bukan musim cuti sekolah, RM100 yang dikutip misalnya akan dihadiahkan kepada staff yang akan berkahwin tersebut keseluruhannya. Tetapi jika musim cuti sekolah, tidak hairan jika ada dua orang staff yang akan berkahwin. Dalam kes ini, seorang staff yang berkahwin akan menerima RM50 sahaja.
Fenomena yang sama akan berulang dengan sumbangan tetamu.
Bagaimana?
Senario-senario di atas nampak ringkas dan tidak signifikan. Tetapi anda perlu aware, jumlah kutipan dan sumbangan perkahwinan ini boleh mencecah RM 1000-RM 2000 apabila dikumpulkan.
Begitu juga sebagai contoh harga katerer. Jika ketika musim cuti sekolah harga sekepala naik RM1 sahaja seorang (dari RM9.50 ke RM 10.50), untuk jemputan tetamu seramai 1000 orang, jumlahnya sudah mencecah RM 1000 tambahan.
Jumlah tersebut amat sangat membantu melicinkan majlis perkahwinan terutamanya yang mempunyai bajet yang kecil.
Saya telah bentangkan pros and cons mengadakan majlis kahwin pada musim cuti sekolah. Yang pasti, setiap senario mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Keputusan akhir terletak di tangan anda.
p/s: Sudahkah anda download ebook PERCUMA mengenai “7 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Bakal Pengantin Dalam Merancang Bajet Perkahwinan“. Ebook tersebut boleh dimuat-turun secara percuma di sini dengan klik link ini (Klik Di Sini Untuk Download)
p/p/s: Jika anda sudah download ebook PERCUMA di atas, anda dijemput untuk menghadiri Seminar Kahwin Bajet yang akan mendedahkan lebih banyak lagi strategi dan tips untuk kahwin bajet (Klik di sini untuk maklumat Kursus Kahwin Bajet ini).