Tuala di bawah ini dilipat dalam bentuk apa?
Bila saya tengok sekali, saya terus cakap “Swan”. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya. Memang tak salah lagilah ia adalah Swan. Mudah.
Memandangkan ini adalah salah satu dari perkara-perkara mudah dalam hidup, saya tidak pernah bercerita, bertanya kepada sesiapa pun mengenai hal ini. Sehinggalah berpuluh-puluh hari kemudian, apabila isteri saya melihat gambar ini beliau berkata, “Cantiknya gajah ni…”
Saya ingatkan beliau tersalah sebut, jadi saya biarkan sahaja komen itu. Saya ingatkan beliau nak maksudkan Swan.
Pagi ini, saya terlihat semula gambar di atas. Saya cuba amati, kenapa isteri saya cakap gambar itu adalah gambar gajah?
Ya Allah, baru saya sedar rupanya ia juga boleh jadi gajah! Bahkan mungkin ia dilipat sebagai gajah pun. (Tetapi saya tetap rasakan untuk katakan ia adalah Swan yang sedang bertenggek di atas batu pun tidak salah)
Kesimpulannya, inilah yang dikatakan two heads are better than one. Pasangan kita/orang lain mungkin dapat melihat sesuatu yang kita tidak nampak. Adakalanya kita perlu sentiasa berfikiran terbuka. Namun, menerima apa sahaja pandangan orang lain pun tidak boleh juga. Ini kerana kita perlukan pandangan yang paling betul. Mungkin juga pandangan kita lebih betul walaupun pandangan pihak lain tadi betul.
Kuncinya adalah, melihat sesuatu pandangan itu dari sudut, “Kenapa beliau berpandangan begitu?”
Bila kita bertanya diri kita soalan tersebut, banyak argument boleh dikurangkan. Dan kita lebih mudah memahami letak duduk sesuatu perkara itu.
Sabri