Topik ini telah saya fikir dan tuliskan secara “virtual” (dengan kata lain berangan) sejak seminggu lepas. Namun sebab kesibukan yang tiba-tiba dan jadual hujung minggu yang lebih pack daripada biasa, artikel ini tidak siap-siap. Tetapi malam ini saya mahu siapkan juga. Biarpun tidur lewat. Topik-topik “mythbusting” dan best seperti ini kalau dibiarkan lama-lama dalam kepala boleh ada side-effect. Tidak boleh fokus. :p
Here we go.
Background:
Saya mengenali beberapa orang senior (lelaki dan wanita) yang baik-baik, bagus-bagus tetapi mereka ini masih belum bertemu jodoh. Saya hairan kenapa. Sedangkan mereka ini adalah orang yang jika saya ada abang atau kakak, saya setuju terus jika mereka menjadi kakak dan abang ipar saya.
Bahkan saya sudi match make kan mereka pun. That is the highest level of recommendation I can give to anyone yang dalam usia yang sesuai untuk berkahwin.
Saya berfikir dan terus berfikir. Akhirnya saya mendapat satu hipotesis. Satu andaian.
Dalam mencari pasangan, selain dari 4 kriteria yang digariskan oleh hadis Rasulullah s.a.w, biasanya kita mahu mencari mereka yang dapat membuatkan kita ketawa. Yang pandai mengambil hati kita dan membuat kita gembira.
Kriteria ini tidak salah. It’s fair. Jika ada nasihat saya untuk adik saya pun, saya tak akan benarkan adik saya berkahwin dengan seseorang yang tidak dapat menggembirakannya.
Tetapi dalam artikel ini, saya ingin highlightkan, fakta bahawa hidup itu adalah satu proses.
Mencari cinta itu pun adalah satu proses. Maka secara tidak langsung, mencari orang yang dapat membuatkan kita ketawa dan gembira juga adalah satu proses.Dalam satu proses, untuk mendapatkan Output, perlu ada Input.
Saya rasa kadang-kadang kita terlalu fokus dalam mencari orang yang dapat membuatkan kita gembira, ketawa dan senang hati. Sehinggakan kita lupa, kita juga perlu membuatkan orang lain gembira, ketawa dan senang hati.
Dan sekali lagi dari pengalaman hidup saya yang terhad ini, dan dari pemerhatian saya, lebih mudah sebenarnya untuk membuatkan orang gembira dan ketawa dari menghabiskan masa mencari sesuatu yang belum pasti wujud atau tidak.
Jika kita mampu membuatkan orang lain gembira dengan ikhlas (tanpa mengharapkan apa-apa balasan spt supaya dia suka kita balik dan sebagainya), fokus semata-mata untuk memberi, orang lain akan lebih mudah open up dengan kita. Orang akan rasa lebih selesa dengan kita.
Bila orang rasa selesa dengan kita, mereka akan turut sama cenderung untuk membuatkan kita gembira kembali. Bila mereka ini menggembirakan kita, nah, bukankah ter-realisasi sudah cita-cita kita untuk mencari orang yang dapat menggembirakan kita?
Berbalik kepada contoh saya tadi, senior-senior yang saya kenali.
Saya admit mereka ini bukanlah orang yang cepat mesra. Mereka pada mulanya memang kelihatan seperti orang yang membosankan, dingin dan tiada perasaan. Tetapi setelah lama mengenali mereka, saya dapati mereka sebenarnya manusia normal juga. Mereka juga pandai membuatkan orang lain gembira! Mereka cuma perlu di beri ruang dan peluang kerana mungkin mereka malu dan tidak biasa, maklumlah interpersonal skills bukannya di ajar di sekolah.
Setelah saya berpeluang untuk berkawan, melibatkan mereka dalam aktiviti dan memerhatikan cara mereka berinteraksi, ketika itu saya sedari yang mereka ini sebenarnya adalah lelaki dan wanita yang menjadi impian ramai orang.
Cuma, kadang-kadang kerana manusia ini sibuk memikirkan “What’s In It For Me?”, “Siapa yang boleh buat aku bahagia”, mereka tidak sedar kehadiran lelaki dan wanita impian ini-ini (senior-senior saya). Lantaran lelaki dan wanita impian ini tidak memberi “instant chemistry” kepada mereka. Betapa ruginya mereka yang tercari-cari ini! Mereka makan coklat “Jusco Selection” sedangkan mereka boleh membeli Ferrero Rocher dengan 90% discount!
Kesimpulan saya kepada artikel ini adalah, mencari cinta adalah satu proses.
Jangan terlalu fokus untuk mencari orang yang mampu menggembirakan kita kerana ada banyak lagi “diamond in the rough”, yang kita perlu gembirakan dahulu sebelum mereka selesa untuk menggembirakan kita. Ada banyak berlian-berlian ini di luar sana. Go get one for yourself! 🙂
Sabri