Satu perkara yang saya paling suka mengenai diri saya dan bersyukur dikurniakannya adalah sikap tidak cepat mengalah. I am not a quitter if I really want it. I am more than willing to fight if I believe in the cause.
I see the traits proven again and again, all throughout my life. Even when a lot of people have written me off, I manage to even surprise myself with what I manage to achieve despite all the odds that were stacked againts me.
True, I might not win all the fights I am involved, but in majority of them I prevailed. I believe that Allah will not disappoint you. Jadi bila ada orang meminta saya mengubah impian dan target saya kerana berasakan impian saya itu terlalu tinggi untuk saya capai, saya tidak akan mengubahnya.
Biarpun masa semakin suntuk. Biarpun pilihan saya semakin kurang.
Saya tidak pernah mengukur impian saya dengan menggunakan ukuran orang lain. Jika orang lain tidak mampu melakukannya, dan tidak ada seorang pun di dunia ini mampu melakukannya, dan jika ada hanya seorang sahaja yang mampu melakukannya di dunia ini, saya rasa saya adalah orang itu.
Jika saya benar-benar mahu.
Dalam merealitikan impian saya, prinsip saya mudah. Saya buat yang terbaik, ambil tindakan yang bijak, dan lakukan dengan bertubi-tubi sehingga berjaya.
Jika telah mencuba segala-galanya dengan konsisten, bijak, tanpa jemu dan putus asa, tetapi hasilnya tetap tidak berpihak pada saya, maka saya akan move-on.
Tetapi cuma setelah saya cuba dan melakukan SEMUA yang terdaya saya lakukan.
Setelah itu saya serahkannya kepada Tuhan.
Untuk saya mengalah dan merendahkan target ataupun impian saya, samalah seperti saya meragui kepada kuasa Tuhan saya yang Maha Pemurah lagi Penyayang.
Tuhan saya telah berjanji, berdoalah dan akan Aku kabulkan.
Maka saya berdoa.
Jika sekalipun I don’t measure up, dan dengan kebolehan saya itu ditakdirkan saya tidak layak, saya percaya Allah akan top-up untuk saya yang selebihnya untuk merealisasikan impian saya itu.
Bukankah kita dikatakan tidak akan masuk syurga dengan amal ibadat yang kita lakukan? Kerana ia tidak mencukupi untuk kita layak. Sebaliknya kita hanya akan masuk syurga dengan rahmat dan belas Allah?
Ya Allah, aku tidak ada Tuhan lain selain Engkau. Dan aku tidak berharap kepada yang lain selain Engkau.
Jika ada belas dan rahmat Mu kepada ku, jika dengan tulisan aku ini dapat menyampaikan pesananmu kepada hambaMu yang lain supaya berusaha untuk menjadi yang terbaik dan jangan berputus asa dengan rahmatMu, maka Kau berikanlah aku kebaikan seperti yang telah Kau janjikan.
Kau realitikanlah permohonanku saban waktu.
Bukankah Kau hanya perlu berfirman “Jadilah Engkau”,maka ia akan terus terjadi.
Kau kabulkanlah permintaan aku ini Ya Allah. Sesungguhnya kaulah yang Maha Pemurah kepada makhlukmu dan Maha Penyayang kepada yang beriman di antara mereka.
KepadaMu jua aku mempertaruhkan kepercayaanku Ya Allah.