Saya merancang untuk melakukan sesuatu hari ini. Memandangkan semalam dan kelmarin merupakan hari cuti umum Chinese New Year, ditambah pula kebanyakan orang selalunya akan mengambil peluang ini untuk bercuti panjang saya merancang awal untuk memastikan segalanya berjalan seperti yang diaturkan. Dari 3 minggu lepas dan saya follow up juga minggu lepas dan follow up lagi hari ini.
Dalam hati saya sebenarnya memang telah ada perasaan was-was sedikit sebab dari pengalaman saya deal dengan pekedai-pekedai di Kuantan ini, kadang-kadang mereka tidak memahami kepentingan kerja mereka. Sebagai contoh, jika saya ingin membuat tempahan kek coklat untuk anak lelaki saya dengan bertulis “Happy Birthday Son”, mereka dengan tidak ada rasa bersalah boleh menukarkan kek tersebut dengan cheesecake yang bertulis “Happy Anniversay”.
Justifikasi mereka kek coklat telah habis stok (walaupun tempahan telah dilakukan awal sebenarnya), dan lagipun cheesecake lebih sedap dari kek coklat. Sorry untuk analogi yang berlapis-lapis ini, rasa macam belum bersedia untuk cerita panjang-panjang.
Tapi nak dipendekkan cerita, nasib baik saya follow up hari ini, kalau tidak pekedai tu terlupa. Worst, apa yang saya initially order boleh tak ada stok pulak hari ini.
Nak bising-bising pun tak guna sebab mereka takkan dapat nak mengadakan apa yang tak ada. Apa yang saya tempah tu bukan boleh tiba-tiba di buat. So I have to make do with what is available to them.
Hopefully walaupun ia tidak berjalan seperti dirancang, at least I can say I tried my best to deliver the best. Hopefully all ends well. 🙂
Mereka tidak tahu yang ada sebab penting kenapa saya awal-awal lagi tempah kek coklat, sebab mungkin anak saya suka kek coklat! Dan untuk beliau menerima kek coklat pada hari jadinya akan sangat menggembirakan beliau! (Nota: Saya belum berkahwin lagi dan belum juga ada anak lelaki ~ataupun perempuan. Ini contoh sahaja! :p )
Pengajaran, tak kiralah betapa mundane and routinenya kerja kita, baik sebagai pekerja di kedai kek, ataupun posmen/despatch boy atau florist, your job is very important to at least one person. Kalau hasil kerja kita tu tak diperlukan, kita tidak akan bekerja di situ. Somebody need you. You don’t have to be a policeman, soldiers or engineers to contribute to other peoples life.
Be proud of your job, and do your job proudly!
At the end, my plan off the mark la kan. Of all things, benda yang paling common sekali dekat dunia boleh takde stok. Isy3x.
Kesimpulan hari ini:
1) Tak kisah apa sekali pun kerja anda, buatlah yang terbaik because you are important. Even tukang sapu sampah tepi jalan tu. They are important. Ada orang yang depend on them for something!
2) Kita mungkin tak boleh control keputusan hasil kerja kita, tetapi tidak bermaksud kita wajar lepas tangan dan mengalah. Follow through, be persistent and do your best. Its the thought that count.
Allah tidak bagi ganjaran pada hasil akhir, tetapi Allah bagi ganjaran pada usaha.
Take solace in that semoga usaha kita dirahmati dan dipermudah olehNya. 🙂
Sabri