Anda pernah gagal? Dan bersedih kerana kegagalan itu?
Satu perkara yang bagus mengenai kegagalan yang anda perlu tahu adalah, kegagalan dan kesedihan itu sementara sahaja sifatnya. Apabila anda berasa sangat down, dan tidak pernah rasa lebih down lagi dan ketika segala-galanya nampak kelam sahaja, anda wajar lega dan gembira sedikit. Ini kerana, you have just hit rock bottom. Tahap yang paling teruk sekali. Selepas itu segala-galanya akan jadi lebih baik. (at least dibandingkan dengan tahap paling teruk tadilah) 🙂
Setiap orang pun macam itu. Tak percaya? Jawapannya ada dalam janji Allah, “Allah tidak akan menguji hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung hambaNya itu.”
Cuma perbezaanya adalah, sama ada anda akan kekal di tahap yang sangat teruk itu, bangkit kembali dengan perlahan ataupun bangkit kembali dengan cepat?
Itu sahaja.
Dalam sepanjang hidup saya, ada beberapa kali saya telah di “write-off”. Write off ini ibarat tidak diletakkan harapan. Secara analoginya, jika orang bertanding lumba lari semua peserta perlu beratur di garis permulaan, anda tidak dibenarkan pun berdiri di garisan permulaan. Orang sangka anda cacat dan tidak sesuai berlumba lari.
Itu lah perasaanya. Yet, saya bersyukur dan saya turut terkejut dengan apa yang saya capai. Each and every time saya berjaya bangkit kembali bukan sahaja untuk memenangi perlumbaan tersebut, tetapi turut memecahkan rekod pencapaian peribadi saya sendiri. Dari saya kecil di sekolah rendah hinggalah apabila saya dewasa, pattern ini berulang.
Saya sudah tidak terasa lagi jika di write-off. Jika tidak diberikan sebarang harapan.
Ini kerana saya tahu kemampuan saya dan saya tahu apa yang saya mampu lakukan.
Bahkan kadangkala saya lebih suka bermula sebagai “underdog”, kerana tiada tekanan.
Cara Untuk Bangkit Kembali Dari Kegagalan
Orang yang gagal ada dua jenis. Pertama, mereka yang telah putus asa dan meragui kebolehan mereka untuk bangkit balik. Mereka telah tidak percaya yang mereka akan bangkit kembali. Dan kedua, mereka yang masih yakin yang mereka akan bangkit kembali dan cuma menunggu masa untuk membuktikan kepada orang yang pernah “write off” mereka sebelum ini.
Namun untuk seseorang itu melakukan comeback, mereka perlu termasuk dalam golongan kedua. Mesti dan wajib. (boleh dapat inspirasi dari poem IF oleh Rudyard Kipling). Tanpa kepercayaan ini, mereka menyerahkan masa depan mereka kepada nasib semata-mata. Tetapi dengan keyakinan, mereka dengan pasti akan berjaya, cuma persoalannya lambat atau cepat sahaja.
Dan untuk memastikan proses comeback tersebut cepat dan berterusan (sustainable), anda perlu menjadi diri anda sendiri dan bukannya melakukan sesuatu itu sekadar untuk membuktikan kepada orang lain yang anda juga boleh. Jika anda melakukan sesuatu kerana anda ingin “menunjuk” kepada orang lain, sebenarnya anda sedang menyeksa diri sendiri. Do ONLY because you enjoy it.
Bukankah ada pepatah yang mengatakan;
Those who mind doesn’t matter, those who matter doesn’t mind.
Walaupun begitu, anda perlu tahu yang keyakinan tidak akan datang dengan tangan kosong.
Jika anda yakin tetapi tidak ada usaha kemungkinan besar anda cuma menipu diri sendiri untuk menyedapkan hati. Untuk memastikan comeback anda menjadi kenyataan, anda perlu ada perancangan. Yang penting bila ada merancang, strategi anda perlu realistik dan tidak memberi tekanan mustahil kepada diri anda sendiri.
Anda perlu tahu dan faham yang comeback yang anda lakukan adalah untuk diri anda sendiri. Anda perlu bebaskan diri anda dari sebarang tekanan yang akan menggangu fokus anda untuk comeback.
Bila anda dapat fokus, implement your plan. Sooner or later pasti anda akan berjaya.
Enjoy what you are trying to do, put specific but reasonable milestone (smaller goals to build for the big goal) for you to achieve. Make sure the goals are not too easy nor too hard for you to reach. It should require a little stretch but still doable for you. Something that will scare you a bit and excite you a lot.
Get yourself what you deserve.
Manusia biasanya over-estimate apa yang mampu dicapainya dalam masa satu tahun, tetapi under-estimate apa yang mampu dicapainya dalam masa sepuluh tahun.
From one “loser” to another; YES, YOU DEFINITELY CAN!
(I am not a loser per se, but I have lose many times. And yet, I am what I am today. Pretty decent. Not bad at all. You only are a loser when you allow others doubting to affect you and you believe them)
Side Note
Bulan Februari ini insya-Allah saya akan melakukan sesuatu (akan diumumkan bila sudah confirm). Jika tidak dapat 19hb, hampir pasti 26hb. Sebelum ini saya tidak faham, namun sekarang saya seakan sudah mengerti. Perasaan apabila kita mendamba, mengharapkan bantuanNya. Saya rasa sudah sampai seruNya.
Sabri
Comeback Kid
apa yang anda ilustrasikan dalam postingan anda angat pas dengan apa yang saya alami saat ini saya dalam posisi yang paling down, seakan semua jalan tertutup rapat tak mampu untuk bangkit lagi, insyaallah saya akan mempraktikkan apa yang anda sampaikan terimakasih , ini sangat berarti sdalam hidup saya. salam kenal