Tahun 2022 seperti yang telah saya rekodkan sebelum ini adalah tahun di mana segala-galanya agak dinamik. Saya perlu juggle beberapa priorities in life, menguruskan kembali kehidupan, unlearn, relearn dan 1001 benda yang sebelum ini saya tidak perlu fikirkan sangat.
Feb 2022 secara spesifiknya adalah bulan yang menjadi mercu tanda paling sesuai untuk tahun ini.
Mungkin dalam sedikit masa lagi saya akan tuliskan satu siri baru untuk chapter baru dalam hidup saya terutamanya yang berkaitan kejadian-kejadian di bulan Februari 2022 ini.
2 Feb: Stars Aligned
14 Feb: First Step
28 Feb: Closure of previous chapter
1 Mar: Official unofficial
Period ini walaupun ia satu detik yang tidak dipinta, tetapi semua yang terjadi tu ada hikmahnya. Seperti yang saya coretkan sebelum ini, saya agak gementar namun excited dengan hari-hari yang mendatang. Semoga semua urusan dipermudahkan.
TOD kali ini juga menyaksikan saya kembali ke Dubai. Jika sebelum ini kami transit di Doha, selepas ini kami akan mula transit di Dubai. Saya juga excited sedikit kali ini kerana saya bercadang untuk keluar ke Dubai ketika transit. Jika sebelum ini saya explore Dubai seorang diri, kini dengan adanya “senior-senior” untuk menunjuk jalan, saya boleh mendekati Dubai, terutamanya Old Dubai dengan lebih baik dan tidak hanya terhad ke mall-mall besarnya sahaja.
Harapan Ramadhan
Selain dari annual audit di hujung tahun, Ramadhan juga adalah satu benchmark yang saya gunakan untuk memastikan diri saya sentiasa lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Walaupun itu tidaklah sentiasa berlaku, tetapi dengan adanya kayu ukur yang konsisten saban tahun, saya tahu di mana progress saya.
Tahun ini saya agak sedikit khuatir. Lagi-lagi dengan situasi saya yang baru nak settle down. Namun saya tetap perlu membuat perancangan supaya Ramadhan kali ini walaupun tidak sebaik sebelum-sebelum ini, tetapi tetap memberi nilai tambah kepada hidup saya.
Ya lah, kita tidak tahu Ramadhan manakah yang bakal menjadi Ramadhan terakhir dalam hidup kita. Tahun ini, saya bercadang untuk melalui Ramadhan di tempat yang baru. Semoga semuanya dipermudahkan dan saya dapat jadikan Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan-Ramadhan sebelumnya.