It is just half way. Seperti dijangka, 14 hari memang lama. Selama 7 hari ni, saya telah berjaya shopping luggage, siap research mengenai tayar kereta, menyiapkan satu siri surat to my younger self, lebih memahami isu geopolitik Myanmar, habis menonton satu season “Kim’s Conveniences”, beberapa filem, menghadiri beberapa mesyuarat, menyelesaikan beberapa issue berbangkit di tempat kerja dan macam-macam lagi.
Dan saya ada 7 hari lagi. Honestly saya harap the next 7 days are not as packed. Especially dengan benda-benda yang berkaitan kerja.
Hari ini saya akan break sekejap dengan catatan yang serius (jika ada). Just beberapa nota mengenai kuarantin ini.
Pertama, hari ini hari Grab, jadi saya telah membuat tempahan set raya dari sebuah restoran daging yang popular. Set tersebut mengandungi “Ketupat Nasi, Ketupat Daun Palas, Rendang Tok dan Sambal Kelapa”. (btw, Sambal Tok dan daging yang digunakan sangat sedap. Lembut! Cuma Ketupat Daun Palas, walaupun ketupat betul, tak dapat di makan. Keras. Macam digoreng kemudian di microwavekan.)
Mula-mula ketika penghantaran makanan, saya agak terkejut apabila mendapati yang saya terima adalah Ketupat Nasi, Lemang (segera), Rendang Ayam & Rendang Daging (bukan Rendang Tok).
Dalam hati, saya sedikit kecewa sebab saya memang looking forward kepada Rendang Tok tu. Dan saya terkejut restoran yang ternama boleh buat misleading marketing seperti itu.
Tiba-tiba loceng berbunyi sekali lagi. Bila dibuka, ada satu lagi penghantaran makanan yang diterima. Kali ini betul, inilah sebenarnya makanan yang saya tempah!
Rupa-rupanya, set yang pertama tu dihadiahkan oleh rakan saya untuk semua krew kami. Cepat-cepat saya padam komplen di IG kepada restoran terbabit. haha..
Ok, tujuan saya menulis mengenai hal ini adalah untuk highlightkan pattern manusia. Bila saya memesan set raya tu, saya bertindak sendirian, tidak diinfluencekan oleh kawan-kawan dan tidak ada sebarang perbincangan mengenai apa yang kami hendak makan ataupun tempah pun.
Tapi kami berkongsi latar yang sama. Baru habis tour of duty, sedang dalam tempoh kuarantin yang sama, sama-sama tidak dapat berhari raya di Malaysia.
Dan kami mengidam benda yang sama. Lagi-lagi memandangkan esok hari terakhir dalam bulan Syawal.
Saya percaya ramai dari krew kami sebenarnya pleasantly surprised bila mendapat hadiah set rendang tadi (saya kurang sikit sebab saya dah order sendiri berasingan!).
Jadi kepada mereka yang terpaksa bertugas di hari raya di perantauan, pelajar, expatriate, perajurit di perbatasan, kiriman juadah hari raya anda baik biskut mahupun juadah raya sangat bermakna kepada mereka.
Kedua, bila dah semakin berusia ni, saya slowly belajar satu perkara dan saya rasa dah start perlu buat benda yang saya jarang buat waktu muda. Iaitu, tidak menghabiskan makanan.
Waktu muda-muda, saya sentiasa diajar untuk menghabiskan makanan dan saya akan sentiasa cuba untuk menghabiskan makanan yang terhidang (kecuali kalau tak sedap sangat).
Tapi macam hari ni, tiba-tiba ada 2 set Raya, saya tidak dapat menghabiskan kesemuanya. Well, saya boleh kalau saya cuba, tapi saya rasa itu bukanlah perkara yang sihat.
Sebenarnya ini dah start dari sesi kuarantin yang lepas lagi, di mana saya hanya akan makan separuh portion nasi yang diberi. Sukar juga untuk melakukannya sebab dari kecil diajar membazir tu amalan syaitan. Tetapi saya terpaksa counter programming tersebut dengan “kita dilarang membahayakan diri sendiri”.
Well saya bukanlah kurus sangat nak bajet-bajet tak habiskan makanan ataupun diet. But we must start somewhere. Plus, kalau saya tak buat macam ni, I will be in much worse position. Ini pun dah control makan tau.
______________
Breakfast: Omelette dan sausage
Lunch: Sandwich Tuna dan potato salad
Dinner: Nasi putih, Udang Chinese style, Stir fried vegetables