Sekarang adalah satu tempoh yang mencabar. Tidak cukup dengan cabaran yang sedia ada, phone saya tiba-tiba mengalami masalah tidak masuk charge. Bila di charge, charging portnya akan berasap. Terjadi ketika minggu pertama saya berada di sini pula. Namun, saya ada phone backup. Sebab saya tahu kalau sekadar bawa satu phone/cermin mata ke sini, memang problem kalau jadi apa-apa. Cuma phone backup saya tu, backup lah. Tidak boleh guna double sim dan skrinnya retak. Terpaksalah bertahan.
Nak dijadikan cerita di zaman teknologi ni banyak pula benda yang aksesnya di set kepada phone tersebut. Sebagai contoh akaun bank utama saya. Bila phone tersebut tidak dapat di akses, saya juga turut tidak dapat akses phone banking (Bank yang saya gunakan ni bila login/transfer kena approve dkt phone). Lebih malang lagi, sebab saya berada di negara yang berisiko, bila akses dari browser pun, kena block juga. Kena call customer support pula untuk aktifkan. Masalahnya sekarang waktu roaming. Cuma alhamdulillah saya turut menyediakan backup. Saya ada secondary akaun yang saya memang dah simpan nombor-nombor akaun tanggungan di Malaysia. Mujur loan pula dalam tempoh moratorium.
Akaun Team Drive pula tiba-tiba dipadamkan. Ha, yang ni takde backup. Jadi semua file arkib YouTube video yang belum dipublish, hilang.
Tapi tak apalah, itu termasuk dari ujian hidup. Bersyukur juga saya digerakkan hati untuk ada Plan B. Hidup di perantauan ni, lagi-lagi di tempat yang mencabar seperti di sini perlu sentiasa ada Plan B. Tak boleh jadi naif, expect segalanya berjalan lancar. Pening kepala bila masalah timbul bertimpa-timpa nanti.
Dalam topik lain, minggu ini Malaysia menerima seorang Perdana Menteri baru. Ia memberi saya satu dejavu juga sebenarnya. Sebab saya masih ingat dengan jelas di mana saya berada ketika Langkah Sheraton berlaku dan Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri. Ketika itu saya berada di Dubai, secara spesifiknya di Food Court, Dubai Mall. Itu adalah Tour of Duty normal saya yang terakhir. Rasa macam baru sahaja.
Sedar-sedar sekarang Malaysia akan menerima Perdana Menteri baru pula.
Semoga kita semua dipermudahkan urusan, dibuka jalan penyelesaian dan terangkat segala cabaran yang dihadapi dalam hidup.