Untuk tahun 2018 ini, Siri Annual Audit 2018 belum saya publish lagi. Ia sudah separuh ditulis, cuma belum siap sepenuhnya.
Sibuk satu sebab, namun satu lagi sebabnya adalah saya bercadang untuk meyiapkannya ketika percutian separa-panjang yang di ambil pada bulan February ini. Ya, Euro Trip! 🙂
Euro Trip adalah satu cita-cita, impian sejak kecil. Bila kita cakap mengenai pergi ke luar negara, apa yang dibayangkan? Pada saya, sudah tentulah pergi ke UK! 🙂
Pergi ke Thailand, Jepun, China dan sebagainya memanglah pergi ke luar negara juga, tetapi tidak sama seperti pergi ke UK. Dan bila pergi ke UK, sudah tentulah perlu pergi ke negara Eropah berdekatan yang lain. Sebab perjalanannya jauh. Takkan nak pergi sekadar 3 hari 2 malam kan. 🙂
Pertamanya, saya ada sedikit concern mengenai penerbangan ke Eropah ini. 8 jam + 7 jam di dalam kapal terbang. Fuh, mencabar memandangkan saya mula menyedari yang saya ada sedikit fobia dengan tempat tertutup. Alhamdulillah, ia berjaya saya tempuhi. Ia banyak dibantu dengan kewujudan prayer room di dalam kapal terbang Saudi Airlines ini. Boleh bersolat di dalam flight, sangat hebat dan mengujakan, perasaan tersebut.
Seperti yang pernah saya catatkan sebelum ini, sebenarnya Euro Trip ini telah saya pertimbangkan untuk lakukan pada 2015 lagi. Cuma ketika itu, saya memilih Jepun terlebih dahulu. Tahap kompleksitinya lebih rendah berbanding Euro Trip ini. Namun saya memang sentiasa sematkan di hati, satu hari nanti saya akan menjejaki Europe.
Akhirnya, tahun 2018 ia menjadi realiti. Mungkin selepas ini saya akan menulis lebih lagi mengenai kenapa 10 tahun saya merancang untuk melakukan Euro Trip ini.