Minggu lepas, dua orang rakan sepejabat saya mengunjungi Kerteh dan kami berbual agak panjang, catch up on each other’s life.
Saya sekali lagi diingatkan dengan fenomena “Salah Orang Sebelum Ini” ataupun dalam konteks yang diceritakan oleh kawan saya, “Salah Orang Yang Tiada”.
Saya tak pasti sama ada culture ini unik kepada syarikat tempat saya bekerja ataupun proprietary kepada sesetengah demografi, tapi benda ni memang wujud.
Sebenarnya tak perlu tengok jauh. Tun Abdullah dan Dato Seri Najib pun menyalahkan Tun Mahathir yang kononnya buat hutang banyak sampai subsidi terpaksa dirasionalisasikan.
Even, Tun Razak pun disalahkan oleh generasi hari ini atas pengenalan Dasar Ekonomi Baru.
Culture Malaysia kah?
Ia menyebabkan saya risau nak bercuti atau berpindah, sebab kalau kita tak ada untuk menguruskan satu-satu masalah tersebut, atau tiada untuk mempertahankan diri, kita akan disalahkan.
Bahkan bukan setakat masalah, kadang-kadang sebab kita tak ada, benda rutin atau benda yang bukan masalah pun akan jadi masalah. Dan sudah tentu, kita akan disalahkan.
Smile. Jalan terus.