Minggu lepas saya baru habis membaca buku mengenai Allahyarham Ahmad Ammar. Seorang pemuda biasa yang kematiannya menghidupkan. Seorang yang pendiam sepanjang hayatnya, bercakap bila perlu, tidak begitu menonjol ketika hidupnya (tetapi diam-diam ubi berisi), dan selepas kematiannya meninggalkan satu legasi yang cukup mengesankan hati.
Pada mulanya saya sendiri tidak faham, apa yang istimewanya Ahmad Ammar ini. Saya terbaca mengenai beliau ketika membaca blog Ustaz Hasrizal. Tetapi cuma setakat itu. Dua bulan lepas ketika membelek buku mengenai beliau di MPH saya tertarik dengan cerita-cerita mengenai beliau dalam buku tersebut. Saya baru tamat membaca buku tersebut beberapa hari lepas.
Membaca buku tersebut membuatkan saya berasa sedikit gelisah dan kerdil.
Saya terkesan kerana seperti usia saya dalam beberapa tahun ini agak terbazir. Tidak ada apa-apa yang signifikan yang saya capai dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Dan saya tidak selesa dan saya rasa tidak seronok.
Di awal 20-an dahulu, hidup saya sangat dinamik. Saya rasa bertenaga dan saya rasa saya belajar banyak perkara-perkara baru. I am building something. I am really living my life. I build business. I think big.
Tetapi sejak saya memulakan karier di dunia korporat ini, benarlah kata Tn Haji Ahmad Azam (bapa arwah Ammar), saya pergi kerja, balik kerja, makan dan tidur. And I have been doing this for the past four years. Sekejap sahaja rasanya and I achieve nothing.
Benar, ada lah sedikit-sedikit perkara yang boleh dibanggakan, tetapi ia bukanlah saya 8-9 tahun dahulu. I am doing good, but good is the enemy of great.
I want to make a difference. I want to contribute something in a meaningful way. But at the same time, I want my family to be comfortable and secure. I need the peace of mind.
Ya Rabb, please help me. Show me the way.
Sabri