Kali pertama saya melihat gambar Maru-Maru, saya telah “jatuh” cinta. Saya masih ingat, gambarnya sedang memanjat sofa. Maru-Maru kelihatan lincah dan sangat aktif. Dia ada beberapa ekor adik-beradik lain, tetapi dia yang paling menawan hati. Saya terus bertanya kepada isteri saya, yang mana satu beliau suka, beliau mengatakan antara dua ekor, Maru-Maru atau adiknya yang berwarna putih dan bermata hijau.
Ketika di rumah penjaga asal beliau, saya bertanya isteri lagi sambil berdoa yang beliau juga tertarik dengan Maru-Maru. Alhamdulillah, kami sependapat. En Sham menawarkan seorang lagi adik-beradik Maru-Maru (satu bapa, lain ibu) yang agak comel juga, tetapi saya menolak kerana kami tidak bersedia lagi. Tambahan pula kami agak culture shock. Di rumah beliau ada satu bilik penuh dengan kucing! (tidak termasuk separuh lagi di dalam bilik air).
Di Kuantan emak dan ayah ada lebih kurang 13 ekor kucing. Ibu dan bapa mertua saya pun ada banyak kucing. Lebih kurang 5 ekor kalau tak salah. Jadi memelihara kucing bukanlah perkara baru untuk kami. Saya sebenarnya bukanlah penggemar kucing sangat. Terutama sekali setelah melihat kucing-kucing di kampung Kuantan yang suka membuang najis merata-rata.
Tetapi setelah melihat Jinggo, kucing kak Ana yang agak berdisiplin, saya agak teruja untuk memiliki kucing sendiri.
Satu pagi dalam minggu lepas, terlintas di hati saya (atau di telinga saya, saya sudah lupa) yang memberi makan haiwan, memurahkan rezeki kita. Saya dah biasa dengar, cuma bila terlintas kali ini tiba-tiba saya terasa bagus juga jika bela kucing ni. Boleh dia doakan.
Isteri saya pun memang sebenarnya ada hasrat nak bela kucing di KL sebagai teman. Jadi saya pun bertindaklah. Kalau dah confirm nak buat sesuatu tu, saya tak suka bertangguh-tangguh.
Fakta Mengenai Maru-Maru
1) Maru-Maru adalah dari jenis Norwegian Forest Cat. Lebih kurang macam kucing parsi tapi dia ada leher dan lebih comel.
2) Maru-Maru pandai pergi toilet sendiri. Kami guna Smart Sift, dari first day Maru-Maru dah di train. Jadi kami hanya perlu uruskan hasil Maru-Maru 3-4 hari sekali.
3) Dulu saya bela banyak kucing. Tapi kucing kampunglah. Ini first time bela kucing ada pedigree. Jadi sibuklah Google mengenai cara penjagaan kucing. Banyak rupanya benda tak tahu. In sha Allah, saya beritahu isteri saya, “I want the best for Maru-Maru”. Bila tengok Maru-Maru je, terus cair. Favourite dia sekarang adalah main bola kertas A4 (Gumpal-gumpal kertas jadi bola, dan lontar. Maru-Maru akan kejar. Satu rumah dia bawak bola tu).
4) Maru-Maru adalah kucing paling comel, genius dan lincah saya pernah tengok so far! 🙂