Beberapa minggu lepas, saya menghadiri kursus Bijak Mengurus Wang untuk Pengantin di bawah pimpinan Tuan Shamsuddin Kadir. Walaupun jalannya tidak nampak lagi, tetapi bukankah luck itu dikatakan sebagai “When Opportunity Meets Preparation”. 🙂
Jadi saya pun pergilah. Good to know that in certain aspect, I am on a very right track. Dan ada juga perkara baru yang dapat saya pelajari. Antaranya adalah kepentingan menganjurkan majlis “walimatul urus” dan kenduri kesyukuran (bukan majlis perkahwinan!) yang berkat. Jika dalam majlis perkahwinan itu sendiri, malaikat sudah keluar maka tidak hairanlah jika nanti perkahwinan tersebut tidak dapat berkekalan hingga ke syurga.
Satu perkara yang baru yang penting dan ingin saya kongsi adalah; rupa-rupanya dalam banyak kes perceraian yang terjadi adalah disebabkan samaada:
Suami tidak berpuas hati cara isteri membelanjakan duit isteri ataupun;
Isteri tidak berpuas hati cara suami membelanjakan duit suami
Ia mengejutkan! Ia bukan tersalah tulis. Malah jika diikutkan logik, tidak kisahlah isteri membelanjakan duit mereka sebagaimana yang mereka suka, kerana itu duit mereka, tidak begitu?
Sudah tentulah salah.
Bila saya fikir-fikir balik, betul lah. Hubungan sesama manusia tidak semestinya logik. Think with your head, act with your heart. Apa yang betul dan logik, tidak semestinya betul apabila dilakukan.
Bila kita cuba justify atau beri excuse, we already lost.
Lesson learnt, walaupun itu adalah duit kita, kita masih perlu consider pendapat dan perasaan pasangan kita mengenai perbelanjaan wang tersebut.
Having said that, baru-baru ini ketika berbual membincangkan mengenai majlis perkahwinan salah seorang rakan sepejabat saya, saya cuba juga untuk mempengaruhi rakan-rakan sepejabat supaya bersederhana dalam menganjurkan majlis perkahwinan. Seorang akak senior memberitahu saya, “Sabri buatlah sederhana-sederhana sebelah Sabri. Belah perempuan ikutlah perempuan. Mesti wife Sabri nak buat meriah jugak. Terpulanglah pada dia.”
Saya tersenyum. Ada sesetengah perkara tidak perlu diperdebatkan panjang lebar untuk kebaikan semua.
Satu sahaja, saya tidak mahu wife seperti itu.
Betul, penganjuran majlis memang terpulang kepada belah pihak masing-masing. Sebab lain komuniti ada lain tradisi. Tetapi kita satu agama. Tradisi boleh berbeza, tetapi syariatnya biarlah landasan yang satu supaya tidak berlaku kecederaan emosi kepada mereka atau keluarga yang hadir. Membazir, berlebih-lebih dan bermegah-megah dengan majlis yang tidak mengikut syariatNya sekadar menjauhkan keberkatan kepada pasangan pengantin.
Carilah keberkatan, supaya cinta yang dibina dapat di bawa hingga ke Syurga.
Saya gerun melihat acara pertunangan sekarang pun sudah seperti acara perkahwinan. Siap dengan pelamin mini, jurumekap, jurugambar dan lebih mengejutkan Khemah Jamuan! Huiyooo… Ini sudah seperti majlis perkahwinan! (ada juga yang paling baru, menghantar kad jemputan pertunangan!)
Memang jika diikutkan ini adalah hak keluarga perempuan dan orang yang bakal berkahwin itu sendiri, bagaimana mereka mahu majlis mereka diadakan. Saya cuma orang luar.
Ya, betul. Saya tiada hak untuk berkata apa-apa.
Sekadar mahu mengingatkan. Perjalanan hidup ini masih jauh. Jika kita tidak memerlukan Allah lagipun dalam urusan rumah tangga kita kerana kita telah berjumpa “The One” (or the other one), dan lebih yakin kepadanya dari kepadaNya, tak apalah.
Tetapi kita masih memerlukan The Real One, dalam banyak lagi aspek kehidupan.
Carilah keberkatan. Kurangkan perkara-perkara yang boleh membuatkanNya murka. Biarlah majlis kita dipandang dengan pandangan RahmahNya, semoga ia dapat menjadi asas perhubungan yang membawa hingga ke syurga.
Tak percaya?
Tanyalah diri anda sendiri dan tanyalah sepuluh tahun lagi. Is there anything you wish you had done differently to get as much blessings as you can get during your (engagement/wedding) ceremony?
Bila Saya Rasa Di Diskriminasikan
Terpanjang lah pula cerita pasal kursus yang saya hadari. Tak apa, berkongsi ilmu. Sebenarnya saya mahu kongsi perasaan saya ketika saya rasa di diskriminasikan.
Contohnya begini, pertengahan tahun lepas dalam satu acara adalah seorang rakan saya dan isterinya membawa anak mereka yang baru berusia beberapa bulan. Seperti biasalah, bila ada baby ini beliau akan di passing-passing dari satu tangan ke satu tangan. Tak kisahlahkan sebab yang hadir dan yang memegang itu anak dah 3-4 orang. Kemudian baby tersebut pun melalui zon orang bujang (wanita). Seorang demi seorang memegangnya.
Kemudian sampai ke zon orang bujang lelaki (saya). Pakcik-makcik di situ mengambil kembali dan tidak berani menyerahkan kepada saya sebelum sempat pun saya pegang. Tulang belakang baby ni lembut lagi. Salah pegang nanti susah nanti. Ujar mereka.
Perasaan saya dalam hati, malu pun ada, geram pun ada, sedih pun ada. Mentang-mentanglah saya bujang trang tang-tang, didiskriminasi pula. Sedangkan bapa baby tu pun sebaya saya. Emak baby tu pulak 4 tahun lagi muda dari saya. Kawan-kawan yang sebaya dengan saya banyak dah yang dah jadi ayah.
Kalau nak cakap gaya saya tak meyakinkan diorang, silaplah okay. Compare dengan orang-orang yang pegang baby tu sebelum tu saya ni kira lebih “kampung” lah. Bolehlah buat kerja-kerja kemahiran hidup berbanding dengan yang lain. Kenapalah sampai kat saya terus tak yakin pada saya? Bukannya saya tak pernah pegang baby.
Saya tak lah excited sangat hendak pegang baby, cuma teringin tu adalah. Tapi bila dah kena macam tu, memang bercampur baurlah rasa.
Tetapi saya tak mahulah beria-ia ataupun buat seperti hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Lagipun baby tu bukan anak saya pun. Selepas dilarang saya biarkan sahaja lagipun takut juga nanti jika jadi apa-apa saya pula dipersalahkan.
Dalam hati saya pun memberitahu diri sendiri untuk mengubat hati yang terluka.
“Tak apalah. Tak bagi aku pegang baby. Aku pun tak kebulur. Nanti aku pun ada baby sendiri, tengoklah aku buktikan yang aku pun boleh pegang baby walaupun korang tak bagi.” :p
Sabri
Yang teringin pegang baby