One thing that I despise most is entrepreneur who didn’t do their homework.
Opportunistic wannabe entrepreneur who strive for maximum profit (although they themselves are not clear what profit looks like, cash flow is profit to them).
And there are loads of them during Ramadhan. Usually they can be found in Pasar Ramadhan.
A slice of Ayam Panggang= RM 7?
While others are selling them at RM 3-4?
A slice of Ikan Bakar at RM 15+? although during normal lunch it cost just under RM 5?
Puding Karamel di mana-mana sebelum bulan puasa, RM1-RM1.50, ketika bulan puasa jadi RM 2.50?
Tolong lah.
Apabila bulan puasa sahaja, harga-harga makanan di Pasar Ramadhan melonjak naik walaupun jika bulan biasa ia dijual dengan harga jauh lebih murah di kedai nasi campur.
Saya paling concern sebenarnya akibat perbuatan meletakkan harga melampau tanpa bersandarkan kos bahan mentah sebenar mereka ini adalah kerana nanti tahun depan, penjual lain atau penjual baru akan kata,
“Oh, mamat tu boleh jual mahal tahun lepas orang beli je, rugi aku jual murah-murah. At least harga kena sama dengan harga tahun lepas. Lagipun harga barang kan semua naik”
Akhirnya inflasi akan semakin naik dan kuasa beli kita akan semakin berkurang.
Saya rasa masalah ini disebabkan ramai usahawan Ramadhan yang opportunistik. Seorang kawan saya mengajak saya untuk membuka gerai juga tahun hadapan. Beliau bercerita mengenai rakannya yang mendapat paling kurang RM300 sehari keuntungan bersih dengan menjual puding-puding sahaja.
Saya cakap, takkan lah. Saya ada experience buat business juga. Saya tahu kira-kira bisnes. Takkanlah jual puding RM 300 bersih sehari.
Kawan saya tadi beria-beria mengatakan betul. Beliau nampak kawannya itu depositkan wang tersebut di bank.
Saya kata, ok macam ni. Kita tengok logik tak.
Si Kawan ini jual puding. Dengan seorang rakan kongsi.
Puding dijual RM3 satu potong. Untuk dapat RM 300, kena jual seratus potong paling kurang. Tetapi itu belum bersih. Ada bayaran upah pekerja (2 orang), kos bahan mentah, sewa gerai dan pelbagai lagi kos tak nampak.
Dan itu belum lagi dibahagi dengan rakan kongsi.
Kita anggap lah rakan kongsi tadi rakan kongsi 50%-50%. Bayaran kos, sewa, pekerja dan yang tak nampak tadi kita anggap lah takde. Anggap sahaja dulu, sebab kita tak tahu.
Untuk Si Kawan dan rakan kongsi beliau tadi dapat RM300 bersih, mereka perlu menjual at least 200 potong puding karamel.
Mungkin ada hari boleh dapat. Tapi logik ke hari-hari akan dapat termasuk hari hujan?
Katakanlah satu dulang sederhana bulat boleh ada 20 potongan puding karamel, logik ke 10 biji dulang licin setiap hari paling kurang? (ini kita tak kira kos staff, kos sewa, kos bahan mentah dll ni)
Saya kata kepada kawan saya, saya tak percaya selagi tak tengok dengan mata dan kepala saya sendiri. Bawak saya jumpa Si Kawan tu dan saya akan tanya sendiri.
Kalau paling baik pun saya boleh bagi estimate RM100 bersih sehari. Bukan mustahil jual puding RM 300 sehari bersih, tapi strateginya lain, caranya lain. Penjual part time kali pertama menjual di Pasar Ramadhan dan tak pernah ada pengalaman bisnes yang solid sebelum ini, pada saya belum tercapai lagi tahap tersebut.
Kadang-kadang sebab nak impress kawan punya pasal, peniaga-peniaga part time di bulan Ramadhan ini akan bercakap lah berdegar-degar mengenai keuntungan mereka. Kutipan hari terbaik mereka dikatakan kutipan minima mereka setiap hari. Kawan-kawan mereka yang mendengar ini tahun depan mahu buat bisnes jugak. Parah, jual puding juga.
Dan dapatlah kita puding RM 3, RM 4 sepotong sebab tahun lepas Si Kawan jual harga sama boleh untung besar.
Walaupun kita boleh sahaja beli puding pada hari biasa pada harga RM 1 sepotong paling mahal pun.
Kesimpulannya, vote with your money. Nampak kedai harga melampau mahal, jangan beli. Biar dia rugi. Tahun depan dia tak meniaga lagi. Ataupun biar sampai dia belajar menurunkan harga.
Sabri
p/s: Disclaimer: Saya faham sebagai usahawan ada sesetengah masa harga yang tinggi adalah justified. Kita tak expect kereta Mercedez di jual pada harga kereta Proton. Tapi kena pandailah. Bukan suka2 hati tampal sticker Mercedez pada kereta Proton dan jual kereta Proton tersebut pada harga Mercedez.