Hijrah-Travelog Umrah adalah catatan “hijrah” saya. Ini adalah siri kedua, anda boleh membaca coretan pertama Hijrah – Travelog Umrah, Permulaan Sebuah Perjalanan di sini.
Kehilangan
Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Bijaksana,
Janganlah Engkau tarik kembali nikmat yang telah Kau beri kepadaku.
Saya percaya Allah Maha Pemurah dan Maha Bijaksana. Saya melihat sendiri tanda-tandanya dalam hidup saya. Setelah saya amati, muhasabah diri, saya amat takut jika Dia menarik kembali nikmat yang Dia telah anugerahkan kepada saya, kerana ingin menyedarkan saya yang saya ada kekurangan.
Allah sentiasa mahukan yang terbaik untuk kita. Ini bukan cakap untuk menyedapkan hati. You know me, saya tidak memberitahu sesuatu sekadar untuk menyedapkan hati.
Allah menguji kita sebab Dia mahu menguatkan kita.
Satu analogi, katakan jika kita bersenam, meregang otot dan sebagainya, apabila otot kita terasa sakit, sebenarnya otot kita dalam proses untuk menjadi kuat. Dalam proses untuk menghasilkan perut berketak-ketak (6 packs abs), kita perlu banyak membuat senaman menggunakan otot perut. Dalam proses ini memang perut kita akan terasa keras dan sakit. Tetapi hasilnya memang berbaloi.
Itu satu analogi.
Allah mahu yang terbaik untuk kita. Oleh sebab Dia mengetahui masa depan kita, sesuatu yang kita tak ketahui, kadang-kadang Dia akan menguji kita sekarang supaya kita menjadi kuat. Jadi kita mudah menghadapi cabaran di masa depan tersebut.
Cuba kita renung-renungkan balik hidup kita. Bila dia “uji” kita dengan sesuatu, supaya kita ambil pengajaran? Pasti ada kan.
Dalam hidup saya, ada banyak contoh yang boleh dikongsi dan juga yang agak peribadi. Biar saya ceritakan satu yang boleh dikongsi.
Kisah Saya: Peringatan Tuhan
Beberapa tahun lepas, saya tidak berapa suka balik ke rumah (Kuantan). Ketika musim cuti semester, saya lebih suka menyibukkan diri dari pulang ke kampung halaman. Malah ada waktu, ketika Hari Raya pun, saya pulang ke rumah hanya pada malam sebelum Hari Raya walaupun sebenarnya saya boleh sangat pulang lebih awal.
Jika saya balik ke Kuantan pun, saya akan selalu keluar dengan alasan mencari Internet (wireless hotspot). Jika anda pernah menonton iklan Petronas 2-3 tahun lepas mengenai seorang anak lelaki yang balik kampung kemudian melepak di kopitiam buat kerja sampai waktu malam, memang itulah jalan cerita hidup saya. Sebijik. Bila saya tengok iklan tu memang sebak dan meleleh air mata saya. Baru saya sedar.
Tetapi saya tidak insaf jugak. Sebak sekejap saja.
For lack of better words, saya tidak menghargai ibu bapa saya ketika mereka masih ada ini. Ia tidaklah bunyi teruk sangat macam tu, bukanlah saya ini macam Tanggang tu. Tak. Tetapi saya pulang ke kampung sekadar nak buat cukup syarat. Lepaskan tanggungjawab. Jiwa saya bukan di situ.
Allah uji saya. Emak saya masuk hospital sebab denggi.
Mula-mula saya ingat emak demam biasa dan emak akan cepat pulih. Emak adalah iron-lady dalam hidup kami adik beradik. Tidak ada apa benda yang emak tak boleh buat. Emak serba boleh. Dia boleh bangun awal, memandu berbelas-belas jam, memasak untuk berpuluh-puluh orang, boleh belah durian, boleh bertukang, boleh mengecat rumah seorang diri, semuanya dalam satu hari.
Saya memang membesar dalam situasi emak yang hebat.
Untuk melihat emak saya yang dulunya Iron Lady terlantar di hospital tidak bermaya, tidak selera makan, memang hancur luluh hati saya. Nenek saya yang melihat emak saya ketika itu turut memberitahu emak saya selepas itu yang beliau sendiri ingat emak saya 50-50 time itu. Saya tak pernah lihat emak selemah itu.
Saya berazam jika diberi peluang untuk menumpang kasih emak untuk menggunakan kesempatan tersebut dengan sebaik-baiknya. Saya memang sangat insaf.
Alhamdulillah tidak lama selepas itu emak pulih sepenuhnya. She’s back working as hard as before.
Tetapi saya tidak belajar. Penyesalan tersebut tidak lama. Saya buat lagi.
Akhirnya bila diingatkan dengan pelbagai cara saya, tetapi saya tidak makan saman. Saya diuji dengan cara yang lain pula. Sesuatu yang sangat berharga dan rapat di hati saya di tarik balik secara tiba-tiba.
Ia tidak berkaitan pun dengan emak dan keluarga saya.
Tetapi secara tiba-tiba kehilangan tersebut membuatkan saya rapat dengan emak dan keluarga. Ummar menemani saya hampir sepanjang hari untuk kira-kira 2 minggu ketika itu. Saya tidak pernah sedar rupanya yang adik saya (ketika itu Tingkatan 3) sudah dewasa dan boleh diajak berbincang dan bertukar-tukar fikiran. Akhirnya, saya belajar dan menerima hikmah Allah bila dia menarik balik nikmat awal yang Dia telah beri pada saya. Dia buat begitu supaya saya mencari sumber-sumber kekuatan dalam diri (keluarga) dan supaya saya tidak menyesal di kemudian hari apabila sudah terlewat.
Kini saya sangat gembira pulang ke Kuantan. I am looking forward untuk berjumpa emak saya. Setiap kali saya balik saya akan order masakan emak. Beberapa kali setiap minggu saya akan call adik-adik saya sehingga mereka bosan dan menyampah. Saya selalu tanya sifir di Facebook Wall Ummairah sampai dia tutup akaun FB dia (sekarang dah buka balik). hehe… :p Jiwa saya kembali bersama keluarga saya apabila saya di Kuantan. Saya normal, saya ada kawan-kawan, hidup macam biasa juga, tetapi saya faham dan enjoy kehadiran keluarga saya (bukanlah jadi extreme anak emak pula kan).
It is something that I truly cherish and never felt before.
Saya dapat betul-betul rasakan nikmat mempunyai emak, ayah, adik-adik dan saya amat bersyukur. Sesuatu yang saya tidak dapat rasakan dulu.
Walaupun saya terpaksa membayar harga yang mahal kerana kejahilan saya sendiri yang lambat belajar, it is well worth the price.
Itu cuma satu contoh. Saya lihat pattern ini berulang beberapa kali dalam hidup saya sehingga ke hari ini. Hijrah Umrah saya ini pun mungkin salah satu dari caraNya untuk mengingatkan saya. Saya amat takut. Saya takut diuji dengan sesuatu yang lebih besar kerana kelalaian saya sendiri.
Jadi saya berdoa kepada Allah;
Ya Allah, jangan uji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku tanggung.
Jika Engkau ingin tunjukkan kepada aku sesuatu, bukakanlah hati aku supaya celik dan tunjukkanlah dengan cara yang termudah dan terang.
Janganlah engkau tarik balik nikmat yang telah Kau berikan kepadaku. Sesunggungnya Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana.
Pengajaran untuk kita semua pada hari ini:
Something happened for a reason. Memang cliche. Tetapi betul.
Jadi belajar dengan cepat pengajaran yang berlaku kepada kita. Jangan sampai kita di”ingatkan” atau diuji dengan kesusahan akibat kelalaian kita sendiri.
Ya Allah Ya Tuhanku, hanya kepadaMu aku memohon perlindungan.
2 thoughts on “Hijrah | Travelog Umrah | Kehilangan”