Pertemuan kali pertama dengan bakal mertua adalah antara detik yang mendebarkan buat mana-mana lelaki. Maklumlah, secara tidak langsung anda akan memberitahu lelaki tersebut,
“Pakcik, saya mahu mengambil alih tanggungjawab menjaga anak kesayangan pakcik ni dari pakcik”.
Lebih-lebih lagi jika anda tidak tahu apa yang perlu diexpect.
First impression count. Seboleh-bolehnya anda tentulah tidak mahu berpura-pura dan mahu menjadi diri sendiri. Tetapi anda perlu tahu yang anda perlu menjadi versi terbaik diri anda sendiri. Be your best self.
Ground rule, this is not the time to act cool. Anda bukan hendak berjumpa dengan rakan anda. Anda akan berjumpa dengan lelaki dewasa yang sekurang-kurangnya 20 tahun lebih tua dari anda. Generation gap itu wujud.
Let me share some best practices and tips based from my experiences and tips from my mom. Tested and proven true.
Ingin saya ingatkan, mungkin pengalaman anda sedikit berbeza, itu tidak mengapa. Best practices yang saya kongsikan di sini, boleh dijadikan panduan untuk memudahkan dengan signifikan tugas anda mengambil hati bakal mertua.
1. Datang seorang
Saya tahu, ada lelaki yang nervous dan prefer jika ada kawan. Don’t. Walaupun kawan anda itu lebih tidak hensem mahupun tidak sebaik anda. Gentleman datang seorang. Banyak risiko datang beramai-ramai.
2. Datang apabila anda sudah bersedia
Datang apabila anda sudah yakin pasangan anda itulah orangnya yang anda mahu kahwini. Jangan datang semata-mata kerana pasangan anda paksa. Jangan datang sebagai pelakon tambahan (saya elaborate dalam point seterusnya).
3. Datang secara rasmi. Jadi hero, jangan jadi pelakon tambahan
Beritahulah pasangan anda, anda akan datang. Minta pendapatnya mengenai tarikh terbaik. Pastikan ketika anda datang, acara itu adalah untuk anda sahaja. Bukannya kebetulan dengan majlis perkahwinan abangnya, kenduri, rumah terbuka hari raya, hari jadi adiknya dan lain-lain.
Hendak bakal mertua mengenali hati budi anda dalam masa yang sekejap adalah susah. Hendak beliau mengenali anda ketika ada banyak distraction lain adalah jauh lebih payah. Bagaimana beliau mahu melayan anda lagi sedangkan beliau sendiri telah penat atau perlu melayan tetamu lain.
Anda perlu 100% masa dan perhatian to realize your full potential. Datang sebagai hero. Jika anda dijemput datang terlebih dahulu sebagai pelakon tambahan, pergilah out station, balik kampung atau sebagainya. Wanita jarang memahami kepentingan lelaki datang sebagai hero. Bahkan ada lelaki yang underestimate kepentingannya. Don’t gamble.
Sebagai hero, anda bertanggungjawab atas kejayaan atau kegagalan anda. Sebagai pelakon tambahan, ada banyak risiko.
Sebagai contoh, jika ada majlis kemungkinan besar bakal ibu dan bapa mertua anda berada di tempat berbeza. Bagaimana jika dari awal hingga akhir ibu mertua anda sibuk di dapur sedangkan anda telah mahu pulang? Dan beliau pula tidak muncul-muncul ke depan? Bukankah sudah menjadi dilema.
Apa kata beliau jika anda balik sebelum bertemu muka dengannya?
Begitu juga jika kebetulan anda datang wrong timing. Bakal bapa mertua anda duduk di dalam rumah dan kebetulan dari pintu pagar rumah sehingga ke sebelah bapa mertua anda ada orang lelaki duduk berderet.
Adakah anda akan pergi terus ke bakal mertua anda dan bersalam dengan beliau? Bagaimana jika anda ter-miss bakal Pak Long (sebab anda tidak kenal lagi) yang duduk dalam deretan tersebut? Apa kata beliau?
Tapi takkanlah anda hendak bersalam dengan semua sederet tetamu tersebut sehingga ke bakal bapa mertua anda seperti seorang ahli politik? (or worse, seperti budak lelaki yang hendak berkhatan)
Untuk sesetengah orang, mereka cukup street smart untuk handle perkara-perkara seperti ini. Tetapi jika anda sedang membaca mesej ini, lebih baik jangan mencari masalah.
Jadi hero, jangan jadi pelakon tambahan.
Beritahu juga anda ingin datang. Pastikan bakal bapa dan ibu mentua anda ada di rumah dan free ketika itu.
4. Rule of Thumb, tempoh lawatan kali pertama: 90 minit hingga 2 jam
Ini rule of thumb yang saya gunakan. Saya sangat cadangkan. Jangan duduk terlampau sekejap sehingga dikatakan tidak sudi duduk lama-lama dan jangan duduk terlalu lama sehingga tiada topik mahu berborak. Don’t overstay your welcome.
Biar orang berat hati mahu melepaskan anda balik. Jangan orang tak sabar-sabar tunggu anda balik.
Saya prefer pergi dalam jam 11 pagi atau 3 petang. 11 pagi anda akan secara automatik boleh meminta diri sebelum atau selepas makan tengah hari dan pukul 3 petang secara automatik anda boleh minta diri dalam pukul 5.
5. Untuk markah tambahan,tips emak saya bawalah buah tangan
Bawalah buah tangan. Macam-macam boleh. Yang paling mudah adalah buah-buahan (preferably Buah-buahan tempatan).
Emak saya suggest kain pelikat atau kain batik. Tapi mana nak cari. Buah-buah lah yang paling senang. Kain-kain ni mungkin untuk generasi lama oklah. 🙂
6. Bawa Sugus dalam poket
Ini tips emak saya yang saya improvise. Emak saya pesan bawa gula-gula untuk diberi pada kanak-kanak. Namun ada ibu bapa yang takut anaknya tercekik makan gula-gula, nak bawa coklat cepat cair dan bulky. Sugus anda flexible dan hampir semua budak-budak suka dan selamat untuk dimakan. Bawa 5-6 biji letak dalam poket seluar. (jangan bawa chewing gum atau gula-gula berangin)
Nampak ada budak kecik, panggil dan tunjukkan sugus, usapkan kepalanya dan bagi dia Sugus tu. Jika kebetulan ada banyak budak kecil dan stok Sugus anda sedikit, pilih budak yang paling penting. Sama ada bakal adik ipar anda (8 tahun ke bawah) atau bakal anak-anak saudara anda.
Ibu bapa (most probably bakal abang atau kakak ipar anda) yang melihat anda baik dengan anaknya akan mudah untuk berbual dengan anda. Pesan emak saya, di rumah orang yang tak dikenali, tackle budak-budak dulu sebab itu paling senang. Lepas dapat tackle budak, emak atau ayah budak tu akan cepat terbuka hati untuk menerima kita pula.
Seriously, this is one of the proven way to start a conversation.
7. Start the conversation
Jangan tengok TV sangat. Jadikan TV bahan berbual tidak mengapa. Soalan yang biasanya saya akan guna sebagai mukadimah adalah, “Pakcik sihat? Pakcik dah lama duduk sini”
Kemudian ceritalah dari situ. Jika di kampung-kampung sedikit biasanya Lorong-lorongnya tiada nombor. Selepas Lorong Kenari diikuti Lorong Merbok dan Lorong Nuri. Berbeza dengan lorong kawasan perumahan yang biasanya mengikut turutan nombor. “Pelik ya pakcik lorong-lorong di kawasan ini, tadi saya terlepas satu simpang…”
Ketika berbual, jangan tunjuk pandai. Biarkan bakal mertua anda banyak bercerita. Jika dia tidak bercerita banyak, tanya banyak sehingga beliau bercerita banyak.
Sebab jika anda tidak bertanya, anda yang akan ditanya.
Atau worse, dua-dua membisu. Lagi haru.
8. Senyum, tetapi jangan bermain mata dengan pasangan di hadapan bakal mertua
Self explanatory
9. Dua decision-maker yang anda perlu impress, Bakal ayah mertua & bakal ibu mertua
Yang lain seperti pasangan anda, adik beradiknya, makcik-makciknya adalah bonus. Core adalah dua orang ini. Pay the most attention to them. Untuk orang lain, beri perhatian juga. Tetapi jangan sampai ter-ignore this two key decision maker.
That’s all from me, Good luck! 🙂
Sabri
Hehe..semuanya saya buat, accept bawak sugus je yang tak buat…tapi belanja gula2 tu adalah…(^_^)
Pastuh camner? Berjaya tak?
Sudah pasti lah tuan. 4 out of 4 times. (banyak kali sebab sebelum berkenalan dengan sesiapa lebih lanjut, saya akan jumpa parents tersebut dulu).
macam mana nak jawab kalau bakal mak mertua tanya .. ” bnyk2 perempuan , anak aku juga yg kau pilih ? “
Senyum je.
Jangan jawab soalan tu. Nanti nampak gedik sangat.
Cuma, kalau di tanya, “Betul ke nak kahwin?” atau “Dah bersedia ke nak kahwin?”, barulah cakap “Ya, makcik/pakcik”.
Ketika berbual, alihkan subjek perbualan tu kepada bakal parents in law. Tanya mereka. Jangan biarkan jadi interview, kita yang ditanya. Lagi banyak kita menjawab soalan, lagi banyak peluang untuk fail interview tu. Jadi kita kena berbual dengan cara biar mereka jadi subjek perbualan tu instead of kita.