Hari ini adalah pesanan untuk diri saya sendiri. Mungkin kita boleh sama-sama mendapat manfaatnya. Saya akan memberi dua contoh general. Walaupun begitu, open your eyes. Perkara ini terjadi selalu di sekeliling kita dalam pelbagai bentuk dan cara. Bahkan mungkin pada diri kita sendiri.
Bagaimana untuk mudah kita terbabas dalam hidup?
Untuk melakukan sesuatu yang biasanya kita tidak lakukan? Untuk ter melakukan sesuatu yang tidak disengajakan? Baik tidak sengaja yang besar, yang kecil yang baik, mahupun yang tidak baik.
Caranya adalah bertindak mengikut audiens yang ada di sekitar kita ketika itu ataupun melayan orang berbeza-beza mengikut sejauh mana kita kenal orang itu.
Reasonnya, bila keputusan kita mengikut audiens yang ada di sekitar kita, secara tidak langsung kita sebenarnya melatih diri kita untuk “give in” kepada peer pressure. Kita bertuah jika berkawan dengan kawan-kawan yang baik. Namun apabila kita dihasut oleh kawan-kawan yang lain, amat besar kemungkinan integriti diri kita akan di compromise.
Turut berisiko adalah apabila kita melayan orang berbeza mengikut sejauh mana kita kenal orang itu. Acapkali orang yang tidak kita kenali akan mendapat “benefit of the doubt” berbanding orang yang kita kenali.
Sebagai contoh jika ditakdirkan anda perlu membentuk sebuah pasukan bola sepak dan kekurangan seorang penyerang, anda di beri pilihan antara Fakri Shaarani dan saya. Anda tidak pernah melihat saya bermain bola sepak (saya stranger), tetapi anda pernah melihat Fakri Shaarani bermain bola sepak di TV (artikel ini di tulis sejurus selepas Sukan Sea Jakarta. Nak katanya, Fakri memang kena teruk lah sebab banyak miss peluang, penalti dan sebagainya) 🙂
Logik kah untuk kita mengatakan, sebab kita dah saksikan Fakri Shaarani main, kita hilang kepercayaan kepada beliau dan lebih prefer saya (kerana anda tidak pernah melihat saya dan kelemahan saya), main instead of Fakri?
Sudah tentu orang yang berfikir demikian, bias dan sedang membuat keputusan yang tidak tepat bukan?
Bila kita kenali seseorang itu dengan rapat dan kita tahu kekuatan dan kelemahannya, itu bukanlah reason yang kukuh untuk discount kebolehannya dan memberi benefit of the doubt kepada orang yang kita tidak kenali (atau tidak kenal dengan rapat).
Orang yang kita tidak kenali itu mungkin sebenarnya lebih teruk dari orang yang kita kenali rapat tadi.
Jadi kesimpulannya, jangan memandang rendah kawan-kawan anda. Discount them at your own peril. Pada bila-bila masa yang anda perlu untuk membuat keputusan atau pilihan, jangan bias.
Evaluate orang yang anda tidak kenali, dan orang yang anda kenali secara adil. Jika tidak, memang anda akan senang “terkena”, sebab mindset anda, all that glitter is diamond. Dan memang selalunya orang yang anda kenal dengan tidak rapat, lebih selalu nampak “glitter”nya.
Kedua, jangan mudah give in kepada persekitaran anda. Sebagai contoh yang mungkin kita sendiri selalu lakukan. Bila kita berada bersama dengan orang yang kita kenal dan hormati, kita segan untuk buang sampah merata-rata. Tetapi sebenarnya kalau masa tiada orang, atau masa bersama dengan orang yang “sekepala” dengan kita, kita akan campak sahaja sampah di mana-mana kita suka walaupun kita tahu buang sampah merata-rata itu tidak bagus.
Saya tidak sampai hati untuk mengelaskan orang sebegini sebagai hipokrit kerana secara sedar dan tidak, kita sendiri sebenarnya sering sahaja melakukannya dalam hidup kita. Bukan bercakap semata-mata mengenai membuang sampah, tapi banyak lagi perkara lain.
Strive to be consistent in doing things that is in line with your principle to the best of your ability.
Do not undermine your principle and give in to peer pressure. You give in one thing, you can give in to ANYTHING. It will be only a matter of time before something or someone overwhelm you.
Seperti satu quote yang cliche;
If you don’t stand for something, you will fall for anything.
Satu kesimpulan dari post hari ini, orang yang kita kenali dengan rapat tidak semestinya kurang hebat dari orang yang kita tidak kenal rapat. Grass is not always greener on the other side. Jangan mudah ter-WoW. Dan kedua, be the best self of yourself. Jangan dengan geng ni lain, geng tu lain. It’s playing dangerously! 🙂
Live life well! 🙂
Sabri