Hari ini hari yang agak memenatkan untuk saya actually. Ada beberapa perkara yang perlu disiapkan. Tetapi saya kira saya perlu menulis mengenai topik ini hari ini. Saya letakkan tajuk untuk artikel ini, Pesanan Untuk Adik, tetapi sebenarnya ia umum. Ia adalah pesanan untuk sesiapa sahaja yang merasakan mereka boleh mendapat manfaat daripadanya.
Jika anda mengenali saya, saya adalah seorang yang suka berterus-terang. Kepada orang yang saya tidak kenali, saya tidak akan bercakap banyak. Tetapi setelah mengenali seseorang, saya akan menjadi ramah dan kadang-kadang saya akan bercakap mengenai sesuatu yang tidak perlu. Saya akan memberi nasihat tanpa di minta. Sehingga kadang-kadang menyinggung perasaan orang. Namun, itulah saya.
Saya tidak akan membiarkan perkara yang saya lihat tidak betul berlaku. Lebih-lebih lagi jika saya lihat orang tidak kisah mengenai perkara tersebut walaupun penting. Jika orang selalu memberi nasihat secara “berlapik”, tetapi saya aka terus-terang cakap, “That’s Bullshit.”
Dan acapkali apabila saya berkata demikian, saya bukanlah mengambil tindakan menjauhkan diri dari orang tersebut. Saya cuma bercakap dan mengingatkan sahaja supaya tindakan di ambil. Jika mereka mahu berubah, saya sentiasa bersedia untuk membantu.
Dalam Hidup Ini,
Kita pasti akan menghadapi cabaran demi cabaran. Setiap dari kita akan diuji. Dan Allah telah berjanji, Dia tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu.
Sebelum kita pergi lebih jauh, ada satu mantra dalam hidup ini yang saya ingin kongsi bersama.
How you do one thing is how you do everything.
Dalam hidup ini, saya telah melihat ayat ini ter-realisasi berkali-kali. Baik dalam diri saya sendiri, adik-adik saya, rakan-rakan saya, pelanggan-pelanggan saya dan juga orang yang saya uruskan. Seringkali kita memberi alasan kepada diri kita, sebagai contoh sekarang keadaan adalah X bukan Y, jadi kita tidak dapat memberi yang terbaik.
Sebenarnya, ini cuma “cerita” yang kita beritahu diri kita sendiri.
Apabila situasi berubah dan menjadi Y, kita akan ada alasan lain pula mengapa kita tidak dapat memberikan yang terbaik. Kadang-kadang kita akan dapat berikan yang terbaik, tetapi itulah. Kadang-kadang. Nasib baik bukan jarang-jarang. 🙂
Dalam Hidup Ini,
Kita tidak boleh mengharapkan orang untuk membahagiakan kita. Orang disekeliling kita berubah. Rakan-rakan kita berubah. Satu hari nanti kita akan menyedarinya jika kita belum. Satu perkara yang kita perlu tahu, walau apa pun yang terjadi, kita tetap punya diri kita sendiri.
Kita perlu boleh hidup sendiri. Kita perlu boleh memotivasikan sendiri. Kita perlu tahu bawa diri sendiri.
Rakan-rakan kita boleh membantu, tetapi apabila mereka menawarkan diri dan kita perlu ingat kita tidak boleh sampai tahap jika tidak ada orang yang berada disekeliling kita, kita tidak boleh gembira. Berpendapat sebaliknya adalah satu lagi “cerita” yang tidak berapa tepat yang kita cerita pada diri kita sendiri.
Rakan-rakan kita biasanya berniat baik. Apabila kita dirundung masalah, mereka biasanya akan menawarkan kata-kata yang akan menyedapkan hati kita. Amat jarang (ada, tetapi jarang) jika ada rakan-rakan kita yang berterus-terang. Pada mereka, melihatkan keadaan kita sekarang, biarlah pendamkan dulu apa yang ingin dikatakan. Bila kita sudah pulih nanti, barulah disampaikan mesej yang pahit tetapi benar itu.
Apabila ini berlaku sebenarnya kita menyuntik “dadah” kepada diri kita sendiri.
Kita akan terbiasa dengan senario seperti itu. Bila hadapi masalah, kita jadi lemah, dan kita mengharapkan kawan-kawan kita menceriakan kita kembali dan esoknya lemah kembali dan seterusnya kitaran ini terjadi. Jika anda pernah mendengar eksperimen yang dilakukan oleh Pavlov, maka konsepnya sama-sama.
Lama-lama badan kita terlupa bagaimana untuk menyelesaikan masalah, lantaran selalu dimomokkan dengan “dadah” berbahaya ini.
Contoh yang paling mudah anda boleh lihat adalah kepada Pak Lah. Ya, bekas Perdana Menteri Malaysia. Beliau adalah seorang yang hebat. Jika tidak hebat, mana mungkin beliau mampu menjadi Perdana Menteri. Mana mungkin beliau mampu meyakinkan Dr. Mahathir untuk dijadikan penggantinya.
Namun, apabila beliau menjadi Perdana Menteri, orang-orang disekelilingnya memberitahu beliau apa yang beliau suka dengar. Dan bukan apa yang beliau perlu dengar. Lantaran itu, beliau menjadi Perdana Menteri yang paling singkat tempoh pemerintahannya.
Anda juga boleh bayangkan dashboard kereta atau kapal terbang. Fungsi-fungsi indikator di dashboard tersebut adalah untuk membantu pemanduan anda. Mereka akan memberitahu anda bahawa minyak tidak cukup. Anda terlalu laju, atau terkurang laju. Mereka tidak beritahu anda hanya perkara yang anda ingin dengar.
Walaupun saya amat suka jika minyak kereta saya tidak berkurang supaya saya tidak perlu mengisinya (jimat duit), tetapi saya perlu realistik. Indikator di dashboard kereta saya tidak pernah menipu. Lantaran feedback yang telus ini, saya tahu bila saya perlu mengisi minyak.
Jika indikator tersebut menipu saya dan hanya memberitahu saya apa yang saya ingin tahu, akhirnya saya akan tersadai di tepi jalan dengan tangki minyak yang kosong.
Indikator-indikator inilah fungsi yang perlu dimainkan oleh rakan-rakan dan orang yang berada disekeliling kita.
Mereka bukanlah dadah ataupun ubat-ubatan untuk menyembuhkan sakit kita. Mereka adalah indikator yang memberitahu kita bahawa kita hebat, atau kita dalam masalah.
Siapa yang perlu menjadi ubat atau dadah dan menyelesaikan masalah atau penyakit yang kita hadapi?
Diri kita sendiri.
Remember this, find “stories” that you keep telling yourself. This stories I often call, self limiting belief. Break through this limiting belief and you will be realizing your true potential. And your friends will enjoy your friendship more as well. 🙂
Good luck!
Sabri
Your Speedometer