Saya baru balik dari acara Terry Fox Charity Run di Lake Garden sebentar tadi. Seronok dan sungguh meriah. Ramai pelari yang berlari untuk kali pertama seperti saya (tengok muka pun dah tahu! hehe…), jadi syoklah. You can take your own sweet time. Pictures coming.
Saya disertai oleh housemate yang termasuk dalam team Petronas dan rakan sekerja saya dari Team MindValley.
Sebelum Larian
Selepas Larian
Partner in Crime
Dalam perjalanan balik, housemate saya menceritakan perihal rakan sekerjanya. Semalam beliau ke The Curve bersama rakan-rakan menghiburkan hati seorang rakan mereka yang baru didumpkan teman wanitanya.
Teman wanitanya itu bertemu dengan jejaka baru di rig (pelantar minyak) dan setelah berkenalan selama 3 minggu, rakan saya yang telah dikenali selama 5 tahun ini di dump.
Perempuan tersebut lemah lembut orangnya (nama beliau bermula dengan huruf M), rakan saya sendiri tidak sangka perempuan tersebut boleh bertindak sebegitu rupa. Dan lelaki tersebut pun not badlah. Setia dan jika di bawa ke kampung pun mungkin setengah kampung beratur nak buat menantu.
Kata rakan saya, “Entahlah apa yang lelaki baru tu buat dekat perempuan tu. Baru kenal 3 minggu dah boleh dump lelaki yang dia kenal 5 tahun”
Komen saya, “Biasalah tu. Ada tak perempuan tu cakap ini semua bukan salah awak. Ini salah saya. Lelaki tu terlalu baik untuk saya blah blah blah?”
Saya malas nak komen sebab nanti termasuk cerita peribadi pula. Saya sudah bertekad tidak mahu mengulas panjang cerita saya. Cuma di sini saya ingin berkongsi sahaja cerita-cerita seperti ini. Ulasan dan pengajaran darinya, anda tafsirkan lah sendiri.
Yang saya yakin, ini bukanlah cerita terakhir yang saya akan dengar.
Pesanan akhir saya kepada semua pembaca, secara neutral dan objektif, lelaki baik susah nak dicari di dunia ini. Jika anda wanita, dan anda mengenali lelaki baik dan setia seperti ini, hargailah beliau dan nikmatilah tuah yang anda miliki.
Kepada wanita di luar sana seluruhnya, jagalah reputasi anda. Jangan sampai nanti lelaki baik-lelaki baik seperti ini membuat tanggapan bahawa wanita baik-wanita baik di luar sana tidak layak mendapat cinta mereka. Ia mungkin tidak berlaku sekarang, tetapi jika ia berterusan jangan terkejut jika anak ataupun cucu anda nanti yang baik-baik diletakkan label yang tidak sepatutnya pula.
This has to stop and need to be fixed!
Adios!
Sabri
“Nice Guy Finish First” Activist